KOLAM RENANG yang dipenuhi
dengan kanak-kanak itu sungguh menghiburkan hati Lia. Musim cuti sekolah begini
memang ramai yang akan membawa anak-anak bercuti dan melancong.
Hati Lia sudah tidak
sakit lagi. Dia sudah boleh menerima tindakan Naim. Untuk apa aku bersedih lagi,
kalau dia sudah lupakan aku. Sekarang pun, Syafiq sentiasa menemaninya.
Sekurang-kurangnya, ada teman untuk dia berkongsi suka dan duka. Idea untuk
datang ke kolam renang ni pun datang daripada Syafiq.
“Liana,” panggil
Syafiq. Pinggang Lia dirangkul erat. “Jum kita pergi sana,” ajak Syafiq.
Tangannya menunjuk ke arah kerusi santai yang disediakan di situ.
Hei mamat ni. Suka
hati dia je nak peluk aku. Malu la kalau orang tengok.
Tangan Lia menepis
lembut tangan Syafiq. Syafiq faham. Lia memang begini. Susah nak didekati.
Mereka berjalan
beriringan ke arah kerusi yang dimaksudkan. Kedua-dua mereka tidak bersuara,
hanyut dalam lamunan sendiri. Sampai pada kerusi yang dimaksudkan, Lia segera
duduk. Syafiq pula duduk rapat di sebelahnya. Lia tidak mengelak. Hanya
membiarkan. Tak dapat dinafikan dia rindukan belaian seorang lelaki.
“Next week abang nak balik
kampung. Lia nak ikut?”
Ha? Ikut? Gila ke?
Kalau Naim ada macam mana?
“Tak nak ke?” soal
Syafiq apabila melihat riak terkejut pada wajah Lia.
Lia tunduk. Tidak tahu
jawapan apa yang harus diberi.
“Don’t worry. Abang dah callDina. Dia kata Naim dah lama tak balik. So, he’s not likely to come home next week.”
Ermm... Nak ikut ke
tak? Kerja gila la kalau aku ikut.
“It’s okay if you needed time to think. You have all weekuntuk decide.”
“Bila abang nak beritahu Naim?” soal Lia, sekaligus mengubah topik
perbualan.
Sudah hampir lima bulan mereka bercinta, tanpa
Naim mengetahui hal sebenar.
Aku curang dengan
abang Naim sendiri. Kejamnya!
“Lia, abang tak boleh
beritahu dia sekarang. Sabarlah....” Syafiq mengeluh. Sukarnya situasi mereka
sekarang. Dia tahu dia bermain dengan api. Tapi perasaannya tidak lagi mampu
ditahan. Naim pun sudah lama tidak bertukar khabar dengan Lia. Apa salahnya
kalau dia masuk line? Nasibnya baik.
Lia menyambut salam cintanya dengan begitu mudah.
“Abang...” lembut Lia
memanggil. “Lia terima abang bukan sebab Lia cintakan abang.”
Wajah Syafiq tidak
berani ditenung.
“Kalau bukan sebab
cinta, sebab apa Lia?” tenang suara Syafiq, jelas sudah mengagak perasaan
sebenar Lia.
Nak beritahu ke tak
ek? Confuse la....
“Lia, kenapa Lia
terima abang?” soal Syafiq lagi.
Lia dongak memandang
Syafiq. “Kalau Lia beritahu, abang jangan marah Lia.”
Syafiq ketawa. Comel
betul awek aku ni. Patutlah adik aku tu melekat jek.
Bahu Syafiq dipukul
kuat.
“Kenapa ketawakan
Lia?” wajah Lia merah menahan marah. Tiba-tiba jek ketawakan orang. Kelakar
sangat ke ayat tadi? Huh.
“Aduh....” Syafiq
menggosok-gosok bahunya. “Sakitlah sayang.” Syafiq masih dengan sisa tawanya.
“Abang!”
Hidung Lia dicubit
manja. “Haish.. Garang betullah Lia ni. Nak ketawa pun salah ke?”
“Orang tengah serius
ni, Dia boleh pulak nak ketawa-ketawa. Not
in the mood okay,” serius nada Lia.
“Dahla..... Abang dah
tak gelak ni.”
“Lia nak mandi.”
“Nak join.”
“Gatal.”
“Public property.”
“Mandi jauh-jauh.”
“Nanti abang kena
ngurat cam ne?”
Lia senyum. Terhibur
dengan Syafiq.
“Telefon polis la.”
Lia terus bangun dan menuju ke kolam renang. Syafiq mengikut dari belakang.
LIA MELIHAT gambar-gambar
pada kamera digitalnya. Ceria dia dan Syafiq bergambar di tepi kolam renang.
“Tengok apa tu Lia?”
soal Syafiq yang baru keluar daripada tandas.
“Lamanya abang
bersiap.” Lia memandang Syafiq yang kini dihadapannya. Handsome sangat pakwe aku ni.
“Ala... Mana ada lama.
Lia tu yang mandi cepat sangat. Mandi kerbau la tu.” Syafiq mengambil tempat di
sebelah Lia.
“Tak payah la mandi
lama-lama. Balik rumah nanti pun kena mandi lagi kan,” Lia berkata sambil
mengemas barang-barangnya.
SYAFIQ TERMENUNG sendirian di dalam bililknya. Wajah Lia sentiasa muncul dalam fikirannya.
Kenapa dengan aku ni?
Hmm... Gila bayang?
Syafiq menepuk kuat
dahinya sendiri.
Liana Atirah milik
Muhammad Naim! Syafiq, stop thinking of
her, please.
Syafiq sudah tidak
dapat menafikan perasaannya terhadap Lia. Mereka sudah bekerja bersama hampir
setahun setengah, dan Lia merupakan teman paling rapatnya di pejabat. Dia akui
Lia tidaklah begitu cantik seperti bekas teman wanitanya, namun Syafiq sudah
jatuh hati dengan Lia. Syafiq sedar semuanya terjadi kerana hubungan mereka
yang terlalu rapat.
Mereka sering
kelihatan bersama, tidak kira waktu makan, rehat ataupun waktu bekerja. Kini,
Syafiq sudah gila bayang. Kadang-kadang dia fikir alangkah indah sekiranya dia
bukan abang kepada Naim. Bolehlah dia merampas Lia daripada Naim.
Ah! Jahat sungguh
fikiran aku.
Bunyi telefon bimbit
mematikan lamunannya. Telefon bimbit dicapai. Nama Liana Atirah tertera pada
skrin. Bibir Syafiq serta-merta menguntum senyum.
“Assalamualaikum,”
ucap Syafiq dengan serius, cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.
“Waalaikumussalam
warahmatullah,” lembut suara Lia menjawab.
Kedua-dua mereka diam
sejenak.
“What’s up?” soal Syafiq. Masih serius.
“Em... Nothing. I’m just bored over here.”
Kenapa suara Syafiq macho sangat?
Lia! Jangan macam ni...
“Really? Do you need me to accompany you?”
Lia diam, tidak
menjawab soalan Syafiq. Benar. Dia perlukan seseorang untuk menemaninya. Lia
sunyi.
“I hope I’m not bothering you,” Lia berkata dengan lembut beberapa
ketika kemudian. Temani aku... Please..
“No, of course not. So, what do you need me for?’” soal Syafiq.
Suaranya tidak lagi serius seperti tadi. Lebih relaks dan mesra.
“I need you to shop with me. Dah lama aku tak shopping.”
Shopping? Like couples?
“Naim macam mana? Kalau dia tahu?” suara Syafiq kembali serius. Tiba-tiba
ingatannya kembali kepada Naim. Dia tidak mahu adiknya terluka dengan
perbuatannya nanti.
Keluhan berat Lia
kedengaran. Dia tidak mahu fikirkan Naim lagi. Sudah berkali-kali dia cuba menelefon
Naim, namun Naim mematikan telefon bimbitnya. Hampir dua tahun mereka begini.
Tidak pernah bertukar khabar lagi. Lia terlalu rindukan Naim. Sudah lama dia
tidak mendengar suara Naim. Entah bagaimana suara Naim sekarang. Masih sama
atau sudah berubah. Alasan yang Naim berikan cukup mudah- tidak mahu Lia
mengganggu dia bekerja. Ingin mengumpul duit untuk perkahwinan mereka katanya.
Tapi takkanlah satu
mesej pun tidak boleh dibalas? Satu panggilan pun tidak mahu dijawab? Selama
dua tahun, mereka benar-benar lost
contactwalaupun kedua-dua mereka
tidak pernah bertukar kepada nombor baru.
“Lia?” panggil Syafiq
setelah soalannya dibiarkan tidak berjawab.
“Dekat labpun kau selalu hang out dengan
aku. Takkanlahsekarang all of a sudden kau over-sensitive about your brother kut.”
“Bukanlah macam tu.
Dekat lab tu lain. Kita bersama as colleagues and.....”
“Wait, do you think that we are going
on a date?” Lia bertanya sebelum sempat Syafiq menghabiskan kata-katanya.
Perasan betul mamat ni.
“Not exactly. I was thinking that.... Your idea... Of us... Hanging out
together....” Syafiq tidak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya dia diam, memikirkan
perkataan yang sepatutnya dia guna.
“Yes?” Lia bersuara. “What’s
wrong with my idea?”
“Well.....
Kau tak rasa macam couple
dating ke?” ragu-ragu Syafiq
bertanya.
“Sebab kita bukan
sedang bekerja maka dengan hormatnya kita akan kelihatan macam pasangan hangat
bercinta ke?” Lia memerli. Apa punya pemikiran da...
“Come on, Lia. You and me.... We’re both grown ups. You should know what
I meant. If my brother happened to see us, what would he think?”
“And
since when do you care?”
“Oh
I care.”
“If
that’s the case, aku minta maaf. Aku tak niat pun
nak dating whatsoever dengan kau. Tapi kau pun tahu kan aku paling
rapat dengan kau. Siapa lagi aku nak ajak keluar? Naim? Dia tu dah lama lupakan
aku.”
Lia mula berasa sedih.
Mengapa teman paling rapatnya adalah abang kandung Naim? Kalulah dia tidak
mohon bekerja di syarikat yang mereka bekerja sekarang, sudah tentu mereka
tidak akan bertemu. Pasti kini dia sudah dapat melupakan Naim. Setiap kali dia
melihat Syafiq, wajah Naim akan menerpa dalam mindanya. Bukan kerana wajah
mereka seiras, malah wajah mereka langsung tidak sama. Cuma the fact that Syafiq is his brother
memang sentiasa melekat dalam fikirannya. Ahh.. Semuanya terlalu sukar. Mengapa
begini perjalan cinta aku?
“Lia, I’m so sorry. Kalau kau betul-betul
perlukan aku, kita jumpa sekarang. Okay?”
Say okay, Lia.
Nak main pujuk-pujuk
ke Syafiq?
“Tak pelah Syafiq. Aku rasa betul lah pendapat kau tu. Kalau Naim yang
entah wujud lagi ke tidak tu nampak, mesti dia sedih kan,” suara Lia agak
kendur.
“Nak jumpa kat mana
Lia?” Syafiq tidak mempedulikan kata-kata Lia. I need to win her heart.
Dia sudah membuat Lia
sedih dan dia perlu baiki mood Lia. Lagipun, inilah pertama kali Lia mengajak
dia keluar di luar waktu bekerja.
“Takpe lah,” ringkas
Lia menjawab.
Talian dimatikan sebelum sempat Syafiq memujuk Lia.Oh Lia!
WAJAH LIA pada telefon bimbit direnung lama. Rindunya
pada gadis ini! Naim memang terlalu rindukan Lia, gadis pujaan hatinya. Dia
tahu tidak sepatutnya dia menghilangkan diri namun Naim punya sebabnya sendiri.
Dia tidak pernah beritahu Lia alasannya yang sebenar. Naim hanya mampu berdoa
agar Lia tidak menduakannya sepanjang tempoh mereka berjauhan.
Naim sentiasa
terkenangkan memori indah bersama Lia. Terlalu banyak perkara yang mereka
lakukan bersama. Kebanyakan perkara yang dilakukan Naim adalah yang pertama
kali dilakukan dalam hidupnya. Semuanya diajar Lia.
Naim bukanlah
dilahirkan dalam keluarga yang senang. Dia tidak pernah makan di restoran,
tidak pernah keluar menonton wayang, tidak pernah pergi membeli-belah, apatah
lagi pergi bercuti. Namun sejak Lia menjadi teman istimewanya,dia sudah pandai melakukan semua itu.
Fikiran Naim kembali
kepada sekarang. Jam pada dinding dipandang sekilas.
Pukul 9?! God, I’m late!
NAIM YANG BARU SAMPAI di stadium mematikan enjin motornya. Topi keledar ditanggalkan dan dia
berjalan menuju ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bersembang. Mereka
bersalam-salaman.
“Sorry geng. Aku overslept la
tadi,” tipu Naim.
“Duhh... oversleptke dating?”
Kumpulan lelaki
tersebut gelak besar mendengar soalan Fauzi.
“Kau dah ada awek ke bro?” soal Amin dalam tawanya.
“Malas aku nak layan korang. Aku pergi tuka shorts kejap. Lepas tu terus start game. Atau ada lagi yang takde
ni?”
“Kitorang tunggu kau sorang lah bro. Bersiap mengalahkan perempuan. Tengok sikit muka kau,” Amin
memegang dagu Naim
“Pink la lipstick you. Sexy gitu.”
Mereka ketawa lagi.
“Ha. Ha. Lawak.” Naim
menepis kasar tangan Amin.
Dia terus meninggalkan
kumpulan tersebut dan menuju ke tandas untuk menyalin pakaian sukan.
“Naim terus ke padang
tau!” jerit Fauzi apabila Naim sudah semakin jauh daripada mereka.
“KAU MASIH mantap macam
dulu la,” beritahu Fauzi dengan tercungap-cungap.
Naim hanya tersenyum.
Peluh yang membasahi mukanya di lap dengan tuala kecil berwarna kelabu. Sudah
lama dia tidak bertemu dengan Fauzi. Baru hari ini berpeluang kerana dia dapat off.
Gerek gak main bola dengan mamat-mamat nih. Hilang tension aku. Lia....
Mata Naim melihat
tuala berwarna kelabu itu. Namannya tersulam rapi pada hujung tuala kecil itu.
Hadiah pemberian Lia.
Sayang apa khabar
sekarang? Rindunya dekat sayang....
Tuala kecil itu
dicium. Hilang penatnya bermain bola tadi.
“Woi... Pe kes cium
tuala tu lama-lama? Wangi ke bau peluh kau?”
Sibuk la kau.
“Saje...” ringkas jawapan Naim.
“Aku balik dulu la
geng,” Naim berkata seraya bangun untuk meninggalkan mereka. Beg sandangnya
diangkat.
Fauzi mendongak
memandang Naim.
“Weh.” Dah lama tak
jumpa takkan nak balik dah kot. Rindu la.
Naim menunduk
memandang Fauzi yang sedang duduk di lantai.
PASANGAN KEKASIH yang sedang hangat bercinta ini bagaikan belangkas. Ke mana sahaja, mereka
pasti kelihatan bersama. Tidak pernah berenggang. Mereka langsung tidak
mempedulikan pandangan orang sekeliling dan teman-teman mereka. Bagi mereka,
selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang membawa kepada maksiat, mereka tidak
bersalah untuk bersama.
“Abang...” panggil Lia dengan manja.
Naim mengerling sekejap ke arah Lia. Tangannya masih lagi bermain-main
dengan telefon bimbitnya. Kemudian matanya kembali fokus pada skrin telefon
bimbit.
“Abang buat apa dengan handphone tu?”
soal Lia.
“Main game lah sayang,” jawab
Naim malas. Dia sedang fokus untuk mendapatkan tempat pertama dalam permainan
kereta itu.
Lia mencebik.
“Apa lah yang seronok sangat dengan game
kereta tu.”
Lia bingkas bangun meninggalkan kafeteria.
Butang merah ditekan. Wajah Naim tidak lagi pada skrin tetapi melihat jasad
Lia yang meninggalkannya tanpa memberitahunya. Hati Naim mula marah.
“Tak habis-habis buat perangai!” Naim berkata dengan agak kuat tanpa
mempedulikan mata-mata yang mungkin terarah padanya kerana nada suaranya yang
tinggi.
Dua buah buku yang tebal diangkat dengan rakus. Beg selimpang disandang
pada bahunya.Kaki Naim melangkah laju
mencari kelibat Lia.
Lia sudah pun hilang daripada pandangannya. Lia memang suka susahkan aku!
Telefon bimbit dikeluarkan daripada poketnya. Nombor Lia didail namun suara
operator yang kedengaran.
Sial! Lia off handphone? Naim
merungut-rungut di dalam hati.
Peluh mula membasahi dahi dan badan Naim. Panas terik tengahari itu
menambahkan lagi marah di hati Naim.
Matanya mencari kelibat Lia. Di sekeliling fakulti Matematik itu memang
ramai pelajar perempuan. Namun Lia tiada di situ. Naim berjalan ke arah kerusi
dan meja yang disediakan di situ. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang
paling hujung, jauh daripada sekumpulan pelajar perempuan yang tidak
dikenalinya.
Peluh yang mengalir dikesat dengan hujung kemejanya. Naim mendail lagi
nombor Lia. Kali ini sudah masuk kali ke enam dia mencuba menelefon Lia. Namun
Lia masih lagi tidak menghidupkan telefon bimbitnya. Naim mengeluh hampa.
Lia terlalu kerap merajuk. Kadang-kadang perkara yang remeh-temeh pun boleh
menjadi punca pergaduhan mereka. Semuanya disebabkan oleh sikap Lia yang
terlalu panas baran dan manja.
Namun Naim masih lagi boleh bertahan dengan sikap Lia kerana dia terlalu
mencintai Lia. Tidak pernah dalam hidupnya dia jatuh cinta sebegini rupa. Lia
benar-benar membuat hatinya sentiasa tidak keruan. Kerana Lia juga Naim sanggup
mengenepikan rakan-rakannya dan menjauhi mereka. Semuanya kerana dia tidak
boleh berenggang dengan Lia. Kalau tidak, rindu yang tak tertanggung rasanya
mula menggunung di hati.
Setiap seminit Naim akan melihat jam di tangannya. Sudah hampir jam 3
petang. Kelibat Lia masih juga tidak kelihatan.
Lia tak pergi kelas matematik ke? Hmmm...
Kuliah seterusnya adalah di fakulti Matematik, sebab itu Naim tidak ke
mana-mana dan menunggu sahaja di situ. Namun hatinya mula risau apabila Lia
masih lagi tidak muncul. Akhirnya Naim mengambil keputusan untuk terus masuk ke
dewan kuliah.
“SAYANG?” suara Naim kedengaran
cemas pada Lia.
“Hmmmm....” jawab Lia malas. Pastinya Naim cemas kerana Lia tidak ke kuliah
tadi.
“Sayang kenapa ponteng kuliah? Takkan lah sebab abang main game pun Lia nak merajuk sampai macam tu
sekali,” leter Naim.
Walaupun berleter, namun hatinya lega kerana Lia sudah pun menghidupkan
telefon bimbitnya setelah 3 jam dibiarkan mati.
“Sayang tak sihat lah abang.”
“Hah? Demam?” suara Naim terjerit kerana terkejut.
Lia hanya diam di hujung talian. Dia sedang mengerang kesakitan. Sakit
sungguh perutnya sehingga berpeluh-peluh seluruh badan walaupun kelajuan kipas
adalah yang paling laju. Badannya berguling-guling di atas katil. Sekejap ke
kiri, sekejap ke kanan.
“Sayang? Okay tak ni? Sayang kat
mana tu?” Naim risau kerana Lia tidak bersuara. Sudah pengsan ke?
“Sayang senggugut. Abang call nanti
ye,” suruh Lia kerana sudah mula tidak selesa bercakap di telefon dalam keadaan
sakit yang amat.
Laa... Senggugut ke... Setiap bulan mesti macam ni. “Em.. Okay okay. Nanti dah sihat sayang mesej
abang ye?”
Lia mengangguk-angguk seolah-olah Naim boleh melihat anggukannya. Dia sudah
tidak ada tenaga walaupun untuk berkata ‘Ya’.
“Love you, sayang,” ucap Naim
sebelum talian dimatikan.
Naim yang berada di bilik asramanya tersenyum lega. Patutlah dia tak pergi
kuliah tadi. Risau aku dibuatnya. Pen di atas meja dicapai dan dia menyambung
menulis nota yang terbantut tadi.
SUDAH BEBERAPA KALI Syafiq memanggil Lia namun Lia yang sedang mengelamun tidak menyedari panggilannya.
Akhirnya Syafiq berjalan menuju ke arah Lia. Bahu Lia disentuh lembut.
“Liana?” panggil Syafiq.
Liana menoleh. Hish... Terkejut aku!
Tangan Lia menepuk-nepuk dadanya. Hilang semua lamunannya tadi.
“Ada apa?” soal Lia, matanya merenung wajah pemuda di sebelahnya.
“Huish... Garangnya awek seorang ni,” Syafiq cuba bersenda. Dia
berpura-pura ketawa.
“Hm. Sorry. Aku tengah berangan
tadi.” Muka Lia bagai sedang menahan malu. Agak-agak mamat ni perasan tak aku
senyum sorang-sorang tadi?
Syafiq tersenyum dengan pengakuan Lia. Pasti teringatkan Naim, fikir
Syafiq.
“Amacam research kau? Any progress?”
Lia seperti baru tersedar. Dia terlupa di mana dia meletakkan kertas hasil
kajiannya tadi. Meja yang dipenuhi kertas diselongkar. Kemudian dia ternampak buku
bertajuk Mutation of Genes dalam
timbunan kertas-kertas tersebut. Segera dikeluarkan.
“Mutation of Genes?” soal Syafiq
pelik.
“Kau ni biar betul. Bos kita marah kang. Research apa kau buat ni Lia?”
Lia tidak menjawab. Dia segera meletakkan buku tersebut ke dalam laci.
Timbunan kertas yang diselerakkan tadi semakin selerak kerana Lia mencari-cari
lagi sesuatu. Syafiq yang semakin hairan pantas memegang tangan Lia yang sedang
rakus mencari.
“Hei! Apa ni?” tengking Lia. Matanya membulat memandang Syafiq yang kini
berada di hadapan mejanya.
Syafiq menggenggam kuat kedua-dua pergelangan tangan Lia.
“Liana Atirah, please. Please.”
Lia mendengus marah. Apa kes mamatni?
“Please apa ni? Lepas lah!” Lia
cuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman Syafiq. Namun tenaga Syafiq
lebih kuat daripada tenaganya.
“Liana, boleh tak kalau kau jangan campur aduk hal peribadi dengan hal
pejabat? Kau diambil bekerja dalam syarikat ni untuk membantu membangunkan
hasil syarikat ni. Kau dibayar bukan untuk mengelamun,” leter Syafiq. Tangannya
masih menggenggam tangan Lia.
“Siapa kata aku mengelamun?” Lia masih sedang berusaha melepaskan
tangannya.
“Sakit lah, Syafiq!” tinggi suara Lia.
Syafiq menggelengkan kepalanya. Tangan Lia dilepaskan. Dia berjalan ingin
meniggalkan makmal Lia.
“Siapa kata aku mengelamun?” soal Lia lagi. Don’t tell me he saw me smilingtadi.
Syafiq yang sudah hampir dengan pintu menghentikan langkah kakinya. Dia
pusing menghadap Lia yang sedang duduk di kerusinya.
“Tadi aku masuk pun kau tak perasan. And
tadi kau yang mengaku kau tengah berangan,” serius suara Syafiq.
Lia terdiam. Tidak berlawan kata. I
did?
Mereka saling merenung. Lia merenung marah. Syafiq pula hanya mengikut
rentak Lia. Tidak mahu mengaku kalah. Setelah agak lama begitu, Syafiq
bersuara, “Kenangan tetap kenangan, Lia. Jangan hidup dalam kenangan. Let it go.”
“Dia dah tabur banyak janji,” ucap Lia perlahan.
“Dan dia belum memungkiri mana-mana pun janji dia, kan?” Aku harap begitu.
“That’s what you say. Dia
langsung tak contact aku. Mana aku tahu
kalau dia masih simpan janji-janji dia? Entah-entah dah ada perempuan lain.”
Air mata Lia mula bergenang.
Aisey... Jangan menangis depan aku please. Aku
ni lemah tengok perempuan menangis.
“Liana, aku abang dia. Aku tahu. Dia jujur pada kau.”
Lia menggeleng-gelengkan kepalanya. Air matanya mula mengalir laju. Sudah
lama dia menahan rasa. Baru hari ini dapat diluahkan. Syafiq pantas ke arahnya.
Bahu Lia digosok-gosok perlahan.
“Sabar ye Lia. Kau jangan salah faham pada Naim lagi. Dia ada matlamat
sendiri. Kau biarkan dia. Satu hari nanti kau orang pasti bersatu,” pujuk
Syafiq.