PASANGAN KEKASIH yang sedang hangat bercinta ini bagaikan belangkas. Ke mana sahaja, mereka
pasti kelihatan bersama. Tidak pernah berenggang. Mereka langsung tidak
mempedulikan pandangan orang sekeliling dan teman-teman mereka. Bagi mereka,
selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang membawa kepada maksiat, mereka tidak
bersalah untuk bersama.
“Abang...” panggil Lia dengan manja.
Naim mengerling sekejap ke arah Lia. Tangannya masih lagi bermain-main
dengan telefon bimbitnya. Kemudian matanya kembali fokus pada skrin telefon
bimbit.
“Abang buat apa dengan handphone tu?”
soal Lia.
“Main game lah sayang,” jawab
Naim malas. Dia sedang fokus untuk mendapatkan tempat pertama dalam permainan
kereta itu.
Lia mencebik.
“Apa lah yang seronok sangat dengan game
kereta tu.”
Lia bingkas bangun meninggalkan kafeteria.
Butang merah ditekan. Wajah Naim tidak lagi pada skrin tetapi melihat jasad
Lia yang meninggalkannya tanpa memberitahunya. Hati Naim mula marah.
“Tak habis-habis buat perangai!” Naim berkata dengan agak kuat tanpa
mempedulikan mata-mata yang mungkin terarah padanya kerana nada suaranya yang
tinggi.
Dua buah buku yang tebal diangkat dengan rakus. Beg selimpang disandang
pada bahunya.Kaki Naim melangkah laju
mencari kelibat Lia.
Lia sudah pun hilang daripada pandangannya. Lia memang suka susahkan aku!
Telefon bimbit dikeluarkan daripada poketnya. Nombor Lia didail namun suara
operator yang kedengaran.
Sial! Lia off handphone? Naim
merungut-rungut di dalam hati.
Peluh mula membasahi dahi dan badan Naim. Panas terik tengahari itu
menambahkan lagi marah di hati Naim.
Matanya mencari kelibat Lia. Di sekeliling fakulti Matematik itu memang
ramai pelajar perempuan. Namun Lia tiada di situ. Naim berjalan ke arah kerusi
dan meja yang disediakan di situ. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang
paling hujung, jauh daripada sekumpulan pelajar perempuan yang tidak
dikenalinya.
Peluh yang mengalir dikesat dengan hujung kemejanya. Naim mendail lagi
nombor Lia. Kali ini sudah masuk kali ke enam dia mencuba menelefon Lia. Namun
Lia masih lagi tidak menghidupkan telefon bimbitnya. Naim mengeluh hampa.
Lia terlalu kerap merajuk. Kadang-kadang perkara yang remeh-temeh pun boleh
menjadi punca pergaduhan mereka. Semuanya disebabkan oleh sikap Lia yang
terlalu panas baran dan manja.
Namun Naim masih lagi boleh bertahan dengan sikap Lia kerana dia terlalu
mencintai Lia. Tidak pernah dalam hidupnya dia jatuh cinta sebegini rupa. Lia
benar-benar membuat hatinya sentiasa tidak keruan. Kerana Lia juga Naim sanggup
mengenepikan rakan-rakannya dan menjauhi mereka. Semuanya kerana dia tidak
boleh berenggang dengan Lia. Kalau tidak, rindu yang tak tertanggung rasanya
mula menggunung di hati.
Setiap seminit Naim akan melihat jam di tangannya. Sudah hampir jam 3
petang. Kelibat Lia masih juga tidak kelihatan.
Lia tak pergi kelas matematik ke? Hmmm...
Kuliah seterusnya adalah di fakulti Matematik, sebab itu Naim tidak ke
mana-mana dan menunggu sahaja di situ. Namun hatinya mula risau apabila Lia
masih lagi tidak muncul. Akhirnya Naim mengambil keputusan untuk terus masuk ke
dewan kuliah.
“SAYANG?” suara Naim kedengaran
cemas pada Lia.
“Hmmmm....” jawab Lia malas. Pastinya Naim cemas kerana Lia tidak ke kuliah
tadi.
“Sayang kenapa ponteng kuliah? Takkan lah sebab abang main game pun Lia nak merajuk sampai macam tu
sekali,” leter Naim.
Walaupun berleter, namun hatinya lega kerana Lia sudah pun menghidupkan
telefon bimbitnya setelah 3 jam dibiarkan mati.
“Sayang tak sihat lah abang.”
“Hah? Demam?” suara Naim terjerit kerana terkejut.
Lia hanya diam di hujung talian. Dia sedang mengerang kesakitan. Sakit
sungguh perutnya sehingga berpeluh-peluh seluruh badan walaupun kelajuan kipas
adalah yang paling laju. Badannya berguling-guling di atas katil. Sekejap ke
kiri, sekejap ke kanan.
“Sayang? Okay tak ni? Sayang kat
mana tu?” Naim risau kerana Lia tidak bersuara. Sudah pengsan ke?
“Sayang senggugut. Abang call nanti
ye,” suruh Lia kerana sudah mula tidak selesa bercakap di telefon dalam keadaan
sakit yang amat.
Laa... Senggugut ke... Setiap bulan mesti macam ni. “Em.. Okay okay. Nanti dah sihat sayang mesej
abang ye?”
Lia mengangguk-angguk seolah-olah Naim boleh melihat anggukannya. Dia sudah
tidak ada tenaga walaupun untuk berkata ‘Ya’.
“Love you, sayang,” ucap Naim
sebelum talian dimatikan.
Naim yang berada di bilik asramanya tersenyum lega. Patutlah dia tak pergi
kuliah tadi. Risau aku dibuatnya. Pen di atas meja dicapai dan dia menyambung
menulis nota yang terbantut tadi.
SUDAH BEBERAPA KALI Syafiq memanggil Lia namun Lia yang sedang mengelamun tidak menyedari panggilannya.
Akhirnya Syafiq berjalan menuju ke arah Lia. Bahu Lia disentuh lembut.
“Liana?” panggil Syafiq.
Liana menoleh. Hish... Terkejut aku!
Tangan Lia menepuk-nepuk dadanya. Hilang semua lamunannya tadi.
“Ada apa?” soal Lia, matanya merenung wajah pemuda di sebelahnya.
“Huish... Garangnya awek seorang ni,” Syafiq cuba bersenda. Dia
berpura-pura ketawa.
“Hm. Sorry. Aku tengah berangan
tadi.” Muka Lia bagai sedang menahan malu. Agak-agak mamat ni perasan tak aku
senyum sorang-sorang tadi?
Syafiq tersenyum dengan pengakuan Lia. Pasti teringatkan Naim, fikir
Syafiq.
“Amacam research kau? Any progress?”
Lia seperti baru tersedar. Dia terlupa di mana dia meletakkan kertas hasil
kajiannya tadi. Meja yang dipenuhi kertas diselongkar. Kemudian dia ternampak buku
bertajuk Mutation of Genes dalam
timbunan kertas-kertas tersebut. Segera dikeluarkan.
“Mutation of Genes?” soal Syafiq
pelik.
“Kau ni biar betul. Bos kita marah kang. Research apa kau buat ni Lia?”
Lia tidak menjawab. Dia segera meletakkan buku tersebut ke dalam laci.
Timbunan kertas yang diselerakkan tadi semakin selerak kerana Lia mencari-cari
lagi sesuatu. Syafiq yang semakin hairan pantas memegang tangan Lia yang sedang
rakus mencari.
“Hei! Apa ni?” tengking Lia. Matanya membulat memandang Syafiq yang kini
berada di hadapan mejanya.
Syafiq menggenggam kuat kedua-dua pergelangan tangan Lia.
“Liana Atirah, please. Please.”
Lia mendengus marah. Apa kes mamatni?
“Please apa ni? Lepas lah!” Lia
cuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman Syafiq. Namun tenaga Syafiq
lebih kuat daripada tenaganya.
“Liana, boleh tak kalau kau jangan campur aduk hal peribadi dengan hal
pejabat? Kau diambil bekerja dalam syarikat ni untuk membantu membangunkan
hasil syarikat ni. Kau dibayar bukan untuk mengelamun,” leter Syafiq. Tangannya
masih menggenggam tangan Lia.
“Siapa kata aku mengelamun?” Lia masih sedang berusaha melepaskan
tangannya.
“Sakit lah, Syafiq!” tinggi suara Lia.
Syafiq menggelengkan kepalanya. Tangan Lia dilepaskan. Dia berjalan ingin
meniggalkan makmal Lia.
“Siapa kata aku mengelamun?” soal Lia lagi. Don’t tell me he saw me smilingtadi.
Syafiq yang sudah hampir dengan pintu menghentikan langkah kakinya. Dia
pusing menghadap Lia yang sedang duduk di kerusinya.
“Tadi aku masuk pun kau tak perasan. And
tadi kau yang mengaku kau tengah berangan,” serius suara Syafiq.
Lia terdiam. Tidak berlawan kata. I
did?
Mereka saling merenung. Lia merenung marah. Syafiq pula hanya mengikut
rentak Lia. Tidak mahu mengaku kalah. Setelah agak lama begitu, Syafiq
bersuara, “Kenangan tetap kenangan, Lia. Jangan hidup dalam kenangan. Let it go.”
“Dia dah tabur banyak janji,” ucap Lia perlahan.
“Dan dia belum memungkiri mana-mana pun janji dia, kan?” Aku harap begitu.
“That’s what you say. Dia
langsung tak contact aku. Mana aku tahu
kalau dia masih simpan janji-janji dia? Entah-entah dah ada perempuan lain.”
Air mata Lia mula bergenang.
Aisey... Jangan menangis depan aku please. Aku
ni lemah tengok perempuan menangis.
“Liana, aku abang dia. Aku tahu. Dia jujur pada kau.”
Lia menggeleng-gelengkan kepalanya. Air matanya mula mengalir laju. Sudah
lama dia menahan rasa. Baru hari ini dapat diluahkan. Syafiq pantas ke arahnya.
Bahu Lia digosok-gosok perlahan.
“Sabar ye Lia. Kau jangan salah faham pada Naim lagi. Dia ada matlamat
sendiri. Kau biarkan dia. Satu hari nanti kau orang pasti bersatu,” pujuk
Syafiq.