Jul 2, 2009
Novel: Cinta di Hati - Part 3

KOLAM RENANG yang dipenuhi dengan kanak-kanak itu sungguh menghiburkan hati Lia. Musim cuti sekolah begini memang ramai yang akan membawa anak-anak bercuti dan melancong.

                Hati Lia sudah tidak sakit lagi. Dia sudah boleh menerima tindakan Naim. Untuk apa aku bersedih lagi, kalau dia sudah lupakan aku. Sekarang pun, Syafiq sentiasa menemaninya. Sekurang-kurangnya, ada teman untuk dia berkongsi suka dan duka. Idea untuk datang ke kolam renang ni pun datang daripada Syafiq.

                “Liana,” panggil Syafiq. Pinggang Lia dirangkul erat. “Jum kita pergi sana,” ajak Syafiq. Tangannya menunjuk ke arah kerusi santai yang disediakan di situ.

                Hei mamat ni. Suka hati dia je nak peluk aku. Malu la kalau orang tengok.

                Tangan Lia menepis lembut tangan Syafiq. Syafiq faham. Lia memang begini. Susah nak didekati.

                Mereka berjalan beriringan ke arah kerusi yang dimaksudkan. Kedua-dua mereka tidak bersuara, hanyut dalam lamunan sendiri. Sampai pada kerusi yang dimaksudkan, Lia segera duduk. Syafiq pula duduk rapat di sebelahnya. Lia tidak mengelak. Hanya membiarkan. Tak dapat dinafikan dia rindukan belaian seorang lelaki.

                Next week  abang nak balik kampung. Lia nak ikut?”

                Ha? Ikut? Gila ke? Kalau Naim ada macam mana?

                “Tak nak ke?” soal Syafiq apabila melihat riak terkejut pada wajah Lia.

                Lia tunduk. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberi.

                Don’t worry. Abang dah call  Dina. Dia kata Naim dah lama tak balik. So, he’s not likely to come home next week.

                Ermm... Nak ikut ke tak? Kerja gila la kalau aku ikut.

                It’s okay if you needed time to think. You have all week  untuk decide.”

                “Bila abang nak beritahu Naim?” soal Lia, sekaligus mengubah topik perbualan.

                 Sudah hampir lima bulan mereka bercinta, tanpa Naim mengetahui hal sebenar.

                Aku curang dengan abang Naim sendiri. Kejamnya!

                “Lia, abang tak boleh beritahu dia sekarang. Sabarlah....” Syafiq mengeluh. Sukarnya situasi mereka sekarang. Dia tahu dia bermain dengan api. Tapi perasaannya tidak lagi mampu ditahan. Naim pun sudah lama tidak bertukar khabar dengan Lia. Apa salahnya kalau dia masuk line? Nasibnya baik. Lia menyambut salam cintanya dengan begitu mudah.

                “Abang...” lembut Lia memanggil. “Lia terima abang bukan sebab Lia cintakan abang.”

                Wajah Syafiq tidak berani ditenung.

                “Kalau bukan sebab cinta, sebab apa Lia?” tenang suara Syafiq, jelas sudah mengagak perasaan sebenar Lia.

                Nak beritahu ke tak ek? Confuse la....

                “Lia, kenapa Lia terima abang?” soal Syafiq lagi.

                Lia dongak memandang Syafiq. “Kalau Lia beritahu, abang jangan marah Lia.”

                Syafiq ketawa. Comel betul awek aku ni. Patutlah adik aku tu melekat jek.

                Bahu Syafiq dipukul kuat.

                “Kenapa ketawakan Lia?” wajah Lia merah menahan marah. Tiba-tiba jek ketawakan orang. Kelakar sangat ke ayat tadi? Huh.

                “Aduh....” Syafiq menggosok-gosok bahunya. “Sakitlah sayang.” Syafiq masih dengan sisa tawanya.

                “Abang!”

                Hidung Lia dicubit manja. “Haish.. Garang betullah Lia ni. Nak ketawa pun salah ke?”

                “Orang tengah serius ni, Dia boleh pulak nak ketawa-ketawa. Not in the mood okay,” serius nada Lia.

                “Dahla..... Abang dah tak gelak ni.”

                “Lia nak mandi.”

                “Nak join.”

                “Gatal.”

                Public property.”

                “Mandi jauh-jauh.”

                “Nanti abang kena ngurat cam ne?”

                Lia senyum. Terhibur dengan Syafiq.

                “Telefon polis la.” Lia terus bangun dan menuju ke kolam renang. Syafiq mengikut dari belakang.




LIA MELIHAT
gambar-gambar pada kamera digitalnya. Ceria dia dan Syafiq bergambar di tepi kolam renang.

                “Tengok apa tu Lia?” soal Syafiq yang baru keluar daripada tandas.

                “Lamanya abang bersiap.” Lia memandang Syafiq yang kini dihadapannya. Handsome sangat pakwe aku ni.

                “Ala... Mana ada lama. Lia tu yang mandi cepat sangat. Mandi kerbau la tu.” Syafiq mengambil tempat di sebelah Lia.

                “Tak payah la mandi lama-lama. Balik rumah nanti pun kena mandi lagi kan,” Lia berkata sambil mengemas barang-barangnya.

                “Penat swimming  tadi. Perut lapar la.....”

                “Abang memang. Makan makan makan.” Lidahnya dijelir.

                “Kenapa? Tak suka abang makan?”

                Lia menggeleng kepalanya. Sengaja ingin bergurau dengan Syafiq.

                “Kalau macam tu.....” tangan Syafiq meraih tangan Lia. “Abang makan tangan Lia.”

                “Abang!” Lia menarik tangannya sambil ketawa.

                “Ala.... Bagilah tangan Lia tu. Abang lapar,” Syafiq berkata manja.

                Lia ketawa. Bahagia rasanya berada disamping Syafiq. Syafiq pandai menceriakan Lia.

                Hidung Syafiq disentuh lembut. “Lapar ye?” soal Lia seolah-olah sedang bertanyakan anak kecil.

                Lia bangun dari kerusi rehat itu.

                “Jum lah kita pergi makan. Kesian dia.”

                Syafiq juga bangkit dari duduknya. Beg sandang berwarna hitam diangkat oleh Syafiq.

              

Posted at 06:22 pm by Miss_Pinky89
Make a comment  

Jun 26, 2009
Novel: Cinta di Hati Part 2

SYAFIQ TERMENUNG sendirian di dalam bililknya. Wajah Lia sentiasa muncul dalam fikirannya.

                Kenapa dengan aku ni? Hmm... Gila bayang?

                Syafiq menepuk kuat dahinya sendiri.

                Liana Atirah milik Muhammad Naim! Syafiq, stop thinking of her, please.

                Syafiq sudah tidak dapat menafikan perasaannya terhadap Lia. Mereka sudah bekerja bersama hampir setahun setengah, dan Lia merupakan teman paling rapatnya di pejabat. Dia akui Lia tidaklah begitu cantik seperti bekas teman wanitanya, namun Syafiq sudah jatuh hati dengan Lia. Syafiq sedar semuanya terjadi kerana hubungan mereka yang terlalu rapat.

                Mereka sering kelihatan bersama, tidak kira waktu makan, rehat ataupun waktu bekerja. Kini, Syafiq sudah gila bayang. Kadang-kadang dia fikir alangkah indah sekiranya dia bukan abang kepada Naim. Bolehlah dia merampas Lia daripada Naim.

                Ah! Jahat sungguh fikiran aku.

                Bunyi telefon bimbit mematikan lamunannya. Telefon bimbit dicapai. Nama Liana Atirah tertera pada skrin. Bibir Syafiq serta-merta menguntum senyum.

                “Assalamualaikum,” ucap Syafiq dengan serius, cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

                “Waalaikumussalam warahmatullah,” lembut suara Lia menjawab.

                Kedua-dua mereka diam sejenak.

                What’s up?” soal Syafiq. Masih serius.

                “Em... Nothing. I’m just bored over here.” Kenapa suara Syafiq macho sangat? Lia! Jangan macam ni...

                Really? Do you need me to accompany you?

                Lia diam, tidak menjawab soalan Syafiq. Benar. Dia perlukan seseorang untuk menemaninya. Lia sunyi.

                I hope I’m not bothering you,” Lia berkata dengan lembut beberapa ketika kemudian. Temani aku... Please..

                No, of course not. So, what do you need me for?’” soal Syafiq. Suaranya tidak lagi serius seperti tadi. Lebih relaks dan mesra.

                I need you to shop with me. Dah lama aku tak shopping.”

                Shopping? Like couples?

“Naim macam mana? Kalau dia tahu?” suara Syafiq kembali serius. Tiba-tiba ingatannya kembali kepada Naim. Dia tidak mahu adiknya terluka dengan perbuatannya nanti.

                Keluhan berat Lia kedengaran. Dia tidak mahu fikirkan Naim lagi. Sudah berkali-kali dia cuba menelefon Naim, namun Naim mematikan telefon bimbitnya. Hampir dua tahun mereka begini. Tidak pernah bertukar khabar lagi. Lia terlalu rindukan Naim. Sudah lama dia tidak mendengar suara Naim. Entah bagaimana suara Naim sekarang. Masih sama atau sudah berubah. Alasan yang Naim berikan cukup mudah- tidak mahu Lia mengganggu dia bekerja. Ingin mengumpul duit untuk perkahwinan mereka katanya.

                Tapi takkanlah satu mesej pun tidak boleh dibalas? Satu panggilan pun tidak mahu dijawab? Selama dua tahun, mereka benar-benar lost contact  walaupun kedua-dua mereka tidak pernah bertukar kepada nombor baru.

                “Lia?” panggil Syafiq setelah soalannya dibiarkan tidak berjawab.

                “Dekat lab  pun kau selalu hang out dengan aku. Takkanlah  sekarang all of a sudden kau over-sensitive about your brother kut.”

                “Bukanlah macam tu. Dekat lab tu lain. Kita bersama as colleagues and.....”

                Wait, do you think that we are going on a date?” Lia bertanya sebelum sempat Syafiq menghabiskan kata-katanya. Perasan betul mamat  ni.

                Not exactly. I was thinking that.... Your idea... Of us... Hanging out together....” Syafiq tidak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya dia diam, memikirkan perkataan yang sepatutnya dia guna.

                Yes?” Lia bersuara. “What’s wrong with my idea?”

                “Well..... Kau tak rasa macam couple dating  ke?” ragu-ragu Syafiq bertanya.

                “Sebab kita bukan sedang bekerja maka dengan hormatnya kita akan kelihatan macam pasangan hangat bercinta ke?” Lia memerli. Apa punya pemikiran da...

                Come on, Lia. You and me.... We’re both grown ups. You should know what I meant. If my brother happened to see us, what would he think?”

                “And since when do you care?”

                “Oh I care.”

                “If that’s the case, aku minta maaf. Aku tak niat pun nak dating whatsoever  dengan kau. Tapi kau pun tahu kan aku paling rapat dengan kau. Siapa lagi aku nak ajak keluar? Naim? Dia tu dah lama lupakan aku.”

                Lia mula berasa sedih. Mengapa teman paling rapatnya adalah abang kandung Naim? Kalulah dia tidak mohon bekerja di syarikat yang mereka bekerja sekarang, sudah tentu mereka tidak akan bertemu. Pasti kini dia sudah dapat melupakan Naim. Setiap kali dia melihat Syafiq, wajah Naim akan menerpa dalam mindanya. Bukan kerana wajah mereka seiras, malah wajah mereka langsung tidak sama. Cuma the fact that Syafiq is his brother memang sentiasa melekat dalam fikirannya. Ahh.. Semuanya terlalu sukar. Mengapa begini perjalan cinta aku?

                “Lia, I’m so sorry. Kalau kau betul-betul perlukan aku, kita jumpa sekarang. Okay?” Say okay, Lia.

                Nak main pujuk-pujuk ke Syafiq?

“Tak pelah Syafiq. Aku rasa betul lah pendapat kau tu. Kalau Naim yang entah wujud lagi ke tidak tu nampak, mesti dia sedih kan,” suara Lia agak kendur.

                “Nak jumpa kat mana Lia?” Syafiq tidak mempedulikan kata-kata Lia. I need to win her heart.

                Dia sudah membuat Lia sedih dan dia perlu baiki mood  Lia. Lagipun, inilah pertama kali Lia mengajak dia keluar di luar waktu bekerja.

                “Takpe lah,” ringkas Lia menjawab.

Talian dimatikan sebelum sempat Syafiq memujuk Lia. Oh Lia!

WAJAH LIA  pada telefon bimbit direnung lama. Rindunya pada gadis ini! Naim memang terlalu rindukan Lia, gadis pujaan hatinya. Dia tahu tidak sepatutnya dia menghilangkan diri namun Naim punya sebabnya sendiri. Dia tidak pernah beritahu Lia alasannya yang sebenar. Naim hanya mampu berdoa agar Lia tidak menduakannya sepanjang tempoh mereka berjauhan.

                Naim sentiasa terkenangkan memori indah bersama Lia. Terlalu banyak perkara yang mereka lakukan bersama. Kebanyakan perkara yang dilakukan Naim adalah yang pertama kali dilakukan dalam hidupnya. Semuanya diajar Lia.

                Naim bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang. Dia tidak pernah makan di restoran, tidak pernah keluar menonton wayang, tidak pernah pergi membeli-belah, apatah lagi pergi bercuti. Namun sejak Lia menjadi teman istimewanya,  dia sudah pandai melakukan semua itu.

                Fikiran Naim kembali kepada sekarang. Jam pada dinding dipandang sekilas.

                Pukul 9?! God, I’m late!

 

 

 

NAIM YANG BARU SAMPAI di stadium mematikan enjin motornya. Topi keledar ditanggalkan dan dia berjalan menuju ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bersembang. Mereka bersalam-salaman.

                Sorry geng. Aku overslept la tadi,” tipu Naim.

                Duhh... overslept  ke dating?”

                Kumpulan lelaki tersebut gelak besar mendengar soalan Fauzi.

                “Kau dah ada awek ke bro?” soal Amin dalam tawanya.

                “Malas aku nak layan korang. Aku pergi tuka shorts kejap. Lepas tu terus start game. Atau ada lagi yang takde ni?”

                Kitorang  tunggu kau sorang lah bro. Bersiap mengalahkan perempuan. Tengok sikit muka kau,” Amin memegang dagu Naim

Pink la lipstick you. Sexy gitu.”

                Mereka ketawa lagi.

                “Ha. Ha. Lawak.” Naim menepis kasar tangan Amin.

                Dia terus meninggalkan kumpulan tersebut dan menuju ke tandas untuk menyalin pakaian sukan.

                “Naim terus ke padang tau!” jerit Fauzi apabila Naim sudah semakin jauh daripada mereka.

 

 

 

“KAU MASIH mantap macam dulu la,” beritahu Fauzi dengan tercungap-cungap.

                Naim hanya tersenyum. Peluh yang membasahi mukanya di lap dengan tuala kecil berwarna kelabu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Fauzi. Baru hari ini berpeluang kerana dia dapat off.

                Gerek gak main bola dengan mamat-mamat nih. Hilang tension aku. Lia....

                Mata Naim melihat tuala berwarna kelabu itu. Namannya tersulam rapi pada hujung tuala kecil itu. Hadiah pemberian Lia.

                Sayang apa khabar sekarang? Rindunya dekat sayang....

                Tuala kecil itu dicium. Hilang penatnya bermain bola tadi.

                “Woi... Pe kes cium tuala tu lama-lama? Wangi ke bau peluh kau?”

                Sibuk la kau. “Saje...” ringkas jawapan Naim.

                “Aku balik dulu la geng,” Naim berkata seraya bangun untuk meninggalkan mereka. Beg sandangnya diangkat.

                Fauzi mendongak memandang Naim.

                “Weh.” Dah lama tak jumpa takkan nak balik dah kot. Rindu la.

                Naim menunduk memandang Fauzi yang sedang duduk di lantai.

                “Lepak ar dulu weh. Lama siot tak jumpa kau.”

                Haishh... Malas la.. “Pergi kedai makan la.”

                Fauzi tersenyum. “Okay.

Posted at 05:41 pm by Miss_Pinky89
Make a comment  

Novel: Cinta di Hati Part 1

 

PASANGAN KEKASIH yang sedang hangat bercinta ini bagaikan belangkas. Ke mana sahaja, mereka pasti kelihatan bersama. Tidak pernah berenggang. Mereka langsung tidak mempedulikan pandangan orang sekeliling dan teman-teman mereka. Bagi mereka, selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang membawa kepada maksiat, mereka tidak bersalah untuk bersama.

“Abang...” panggil Lia dengan manja.

Naim mengerling sekejap ke arah Lia. Tangannya masih lagi bermain-main dengan telefon bimbitnya. Kemudian matanya kembali fokus pada skrin telefon bimbit.

“Abang buat apa dengan handphone tu?” soal Lia.

“Main game lah sayang,” jawab Naim malas. Dia sedang fokus untuk mendapatkan tempat pertama dalam permainan kereta itu.

Lia mencebik.

“Apa lah yang seronok sangat dengan game kereta tu.”

Lia bingkas bangun meninggalkan kafeteria.

Butang merah ditekan. Wajah Naim tidak lagi pada skrin tetapi melihat jasad Lia yang meninggalkannya tanpa memberitahunya. Hati Naim mula marah.

“Tak habis-habis buat perangai!” Naim berkata dengan agak kuat tanpa mempedulikan mata-mata yang mungkin terarah padanya kerana nada suaranya yang tinggi.

Dua buah buku yang tebal diangkat dengan rakus. Beg selimpang disandang pada bahunya.  Kaki Naim melangkah laju mencari kelibat Lia.

Lia sudah pun hilang daripada pandangannya. Lia memang suka susahkan aku! Telefon bimbit dikeluarkan daripada poketnya. Nombor Lia didail namun suara operator yang kedengaran.

Sial! Lia off handphone? Naim merungut-rungut di dalam hati.

Peluh mula membasahi dahi dan badan Naim. Panas terik tengahari itu menambahkan lagi marah di hati Naim.

Matanya mencari kelibat Lia. Di sekeliling fakulti Matematik itu memang ramai pelajar perempuan. Namun Lia tiada di situ. Naim berjalan ke arah kerusi dan meja yang disediakan di situ. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang paling hujung, jauh daripada sekumpulan pelajar perempuan yang tidak dikenalinya.

Peluh yang mengalir dikesat dengan hujung kemejanya. Naim mendail lagi nombor Lia. Kali ini sudah masuk kali ke enam dia mencuba menelefon Lia. Namun Lia masih lagi tidak menghidupkan telefon bimbitnya. Naim mengeluh hampa.

Lia terlalu kerap merajuk. Kadang-kadang perkara yang remeh-temeh pun boleh menjadi punca pergaduhan mereka. Semuanya disebabkan oleh sikap Lia yang terlalu panas baran dan manja.

Namun Naim masih lagi boleh bertahan dengan sikap Lia kerana dia terlalu mencintai Lia. Tidak pernah dalam hidupnya dia jatuh cinta sebegini rupa. Lia benar-benar membuat hatinya sentiasa tidak keruan. Kerana Lia juga Naim sanggup mengenepikan rakan-rakannya dan menjauhi mereka. Semuanya kerana dia tidak boleh berenggang dengan Lia. Kalau tidak, rindu yang tak tertanggung rasanya mula menggunung di hati.

Setiap seminit Naim akan melihat jam di tangannya. Sudah hampir jam 3 petang. Kelibat Lia masih juga tidak kelihatan.

Lia tak pergi kelas matematik ke? Hmmm...

Kuliah seterusnya adalah di fakulti Matematik, sebab itu Naim tidak ke mana-mana dan menunggu sahaja di situ. Namun hatinya mula risau apabila Lia masih lagi tidak muncul. Akhirnya Naim mengambil keputusan untuk terus masuk ke dewan kuliah.

 

 

 

 

“SAYANG?” suara Naim kedengaran cemas pada Lia.

“Hmmmm....” jawab Lia malas. Pastinya Naim cemas kerana Lia tidak ke kuliah tadi.

“Sayang kenapa ponteng kuliah? Takkan lah sebab abang main game pun Lia nak merajuk sampai macam tu sekali,” leter Naim.

Walaupun berleter, namun hatinya lega kerana Lia sudah pun menghidupkan telefon bimbitnya setelah 3 jam dibiarkan mati.

“Sayang tak sihat lah abang.”

“Hah? Demam?” suara Naim terjerit kerana terkejut.

Lia hanya diam di hujung talian. Dia sedang mengerang kesakitan. Sakit sungguh perutnya sehingga berpeluh-peluh seluruh badan walaupun kelajuan kipas adalah yang paling laju. Badannya berguling-guling di atas katil. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

“Sayang? Okay tak ni? Sayang kat mana tu?” Naim risau kerana Lia tidak bersuara. Sudah pengsan ke?

“Sayang senggugut. Abang call nanti ye,” suruh Lia kerana sudah mula tidak selesa bercakap di telefon dalam keadaan sakit yang amat.

Laa... Senggugut ke... Setiap bulan mesti macam ni. “Em.. Okay okay. Nanti dah sihat sayang mesej abang ye?”

Lia mengangguk-angguk seolah-olah Naim boleh melihat anggukannya. Dia sudah tidak ada tenaga walaupun untuk berkata ‘Ya’.

Love you, sayang,” ucap Naim sebelum talian dimatikan.

Naim yang berada di bilik asramanya tersenyum lega. Patutlah dia tak pergi kuliah tadi. Risau aku dibuatnya. Pen di atas meja dicapai dan dia menyambung menulis nota yang terbantut tadi.

 

 

 

 

SUDAH BEBERAPA KALI Syafiq memanggil Lia namun Lia yang sedang mengelamun tidak menyedari panggilannya. Akhirnya Syafiq berjalan menuju ke arah Lia. Bahu Lia disentuh lembut.

“Liana?” panggil Syafiq.

Liana menoleh. Hish... Terkejut aku!

Tangan Lia menepuk-nepuk dadanya. Hilang semua lamunannya tadi.

“Ada apa?” soal Lia, matanya merenung wajah pemuda di sebelahnya.

“Huish... Garangnya awek seorang ni,” Syafiq cuba bersenda. Dia berpura-pura ketawa.

“Hm. Sorry. Aku tengah berangan tadi.” Muka Lia bagai sedang menahan malu. Agak-agak mamat ni perasan tak aku senyum sorang-sorang tadi?

Syafiq tersenyum dengan pengakuan Lia. Pasti teringatkan Naim, fikir Syafiq.

“Amacam research kau? Any progress?”

Lia seperti baru tersedar. Dia terlupa di mana dia meletakkan kertas hasil kajiannya tadi. Meja yang dipenuhi kertas diselongkar. Kemudian dia ternampak buku bertajuk Mutation of Genes dalam timbunan kertas-kertas tersebut. Segera dikeluarkan.

Mutation of Genes?” soal Syafiq pelik.

“Kau ni biar betul. Bos kita marah kang. Research apa kau buat ni Lia?”

Lia tidak menjawab. Dia segera meletakkan buku tersebut ke dalam laci. Timbunan kertas yang diselerakkan tadi semakin selerak kerana Lia mencari-cari lagi sesuatu. Syafiq yang semakin hairan pantas memegang tangan Lia yang sedang rakus mencari.

“Hei! Apa ni?” tengking Lia. Matanya membulat memandang Syafiq yang kini berada di hadapan mejanya.

Syafiq menggenggam kuat kedua-dua pergelangan tangan Lia.

“Liana Atirah, please. Please.”

Lia mendengus marah. Apa kes mamat  ni?

Please apa ni? Lepas lah!” Lia cuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman Syafiq. Namun tenaga Syafiq lebih kuat daripada tenaganya.

“Liana, boleh tak kalau kau jangan campur aduk hal peribadi dengan hal pejabat? Kau diambil bekerja dalam syarikat ni untuk membantu membangunkan hasil syarikat ni. Kau dibayar bukan untuk mengelamun,” leter Syafiq. Tangannya masih menggenggam tangan Lia.

“Siapa kata aku mengelamun?” Lia masih sedang berusaha melepaskan tangannya.

“Sakit lah, Syafiq!” tinggi suara Lia.

Syafiq menggelengkan kepalanya. Tangan Lia dilepaskan. Dia berjalan ingin meniggalkan makmal Lia.

“Siapa kata aku mengelamun?” soal Lia lagi. Don’t tell me he saw me smiling  tadi.

Syafiq yang sudah hampir dengan pintu menghentikan langkah kakinya. Dia pusing menghadap Lia yang sedang duduk di kerusinya.

“Tadi aku masuk pun kau tak perasan. And tadi kau yang mengaku kau tengah berangan,” serius suara Syafiq.

Lia terdiam. Tidak berlawan kata. I did?

Mereka saling merenung. Lia merenung marah. Syafiq pula hanya mengikut rentak Lia. Tidak mahu mengaku kalah. Setelah agak lama begitu, Syafiq bersuara, “Kenangan tetap kenangan, Lia. Jangan hidup dalam kenangan. Let it go.”

“Dia dah tabur banyak janji,” ucap Lia perlahan.

“Dan dia belum memungkiri mana-mana pun janji dia, kan?” Aku harap begitu.

That’s what you say. Dia langsung tak contact aku. Mana aku tahu kalau dia masih simpan janji-janji dia? Entah-entah dah ada perempuan lain.” Air mata Lia mula bergenang.

Aisey... Jangan menangis depan aku please. Aku ni lemah tengok perempuan menangis.

“Liana, aku abang dia. Aku tahu. Dia jujur pada kau.”

Lia menggeleng-gelengkan kepalanya. Air matanya mula mengalir laju. Sudah lama dia menahan rasa. Baru hari ini dapat diluahkan. Syafiq pantas ke arahnya. Bahu Lia digosok-gosok perlahan.

“Sabar ye Lia. Kau jangan salah faham pada Naim lagi. Dia ada matlamat sendiri. Kau biarkan dia. Satu hari nanti kau orang pasti bersatu,” pujuk Syafiq.

Posted at 02:41 pm by Miss_Pinky89
Make a comment  



<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed