Entry: Novel: Cinta di Hati Part 1 Jun 26, 2009



 

PASANGAN KEKASIH yang sedang hangat bercinta ini bagaikan belangkas. Ke mana sahaja, mereka pasti kelihatan bersama. Tidak pernah berenggang. Mereka langsung tidak mempedulikan pandangan orang sekeliling dan teman-teman mereka. Bagi mereka, selagi mereka tidak melakukan sesuatu yang membawa kepada maksiat, mereka tidak bersalah untuk bersama.

“Abang...” panggil Lia dengan manja.

Naim mengerling sekejap ke arah Lia. Tangannya masih lagi bermain-main dengan telefon bimbitnya. Kemudian matanya kembali fokus pada skrin telefon bimbit.

“Abang buat apa dengan handphone tu?” soal Lia.

“Main game lah sayang,” jawab Naim malas. Dia sedang fokus untuk mendapatkan tempat pertama dalam permainan kereta itu.

Lia mencebik.

“Apa lah yang seronok sangat dengan game kereta tu.”

Lia bingkas bangun meninggalkan kafeteria.

Butang merah ditekan. Wajah Naim tidak lagi pada skrin tetapi melihat jasad Lia yang meninggalkannya tanpa memberitahunya. Hati Naim mula marah.

“Tak habis-habis buat perangai!” Naim berkata dengan agak kuat tanpa mempedulikan mata-mata yang mungkin terarah padanya kerana nada suaranya yang tinggi.

Dua buah buku yang tebal diangkat dengan rakus. Beg selimpang disandang pada bahunya.  Kaki Naim melangkah laju mencari kelibat Lia.

Lia sudah pun hilang daripada pandangannya. Lia memang suka susahkan aku! Telefon bimbit dikeluarkan daripada poketnya. Nombor Lia didail namun suara operator yang kedengaran.

Sial! Lia off handphone? Naim merungut-rungut di dalam hati.

Peluh mula membasahi dahi dan badan Naim. Panas terik tengahari itu menambahkan lagi marah di hati Naim.

Matanya mencari kelibat Lia. Di sekeliling fakulti Matematik itu memang ramai pelajar perempuan. Namun Lia tiada di situ. Naim berjalan ke arah kerusi dan meja yang disediakan di situ. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang paling hujung, jauh daripada sekumpulan pelajar perempuan yang tidak dikenalinya.

Peluh yang mengalir dikesat dengan hujung kemejanya. Naim mendail lagi nombor Lia. Kali ini sudah masuk kali ke enam dia mencuba menelefon Lia. Namun Lia masih lagi tidak menghidupkan telefon bimbitnya. Naim mengeluh hampa.

Lia terlalu kerap merajuk. Kadang-kadang perkara yang remeh-temeh pun boleh menjadi punca pergaduhan mereka. Semuanya disebabkan oleh sikap Lia yang terlalu panas baran dan manja.

Namun Naim masih lagi boleh bertahan dengan sikap Lia kerana dia terlalu mencintai Lia. Tidak pernah dalam hidupnya dia jatuh cinta sebegini rupa. Lia benar-benar membuat hatinya sentiasa tidak keruan. Kerana Lia juga Naim sanggup mengenepikan rakan-rakannya dan menjauhi mereka. Semuanya kerana dia tidak boleh berenggang dengan Lia. Kalau tidak, rindu yang tak tertanggung rasanya mula menggunung di hati.

Setiap seminit Naim akan melihat jam di tangannya. Sudah hampir jam 3 petang. Kelibat Lia masih juga tidak kelihatan.

Lia tak pergi kelas matematik ke? Hmmm...

Kuliah seterusnya adalah di fakulti Matematik, sebab itu Naim tidak ke mana-mana dan menunggu sahaja di situ. Namun hatinya mula risau apabila Lia masih lagi tidak muncul. Akhirnya Naim mengambil keputusan untuk terus masuk ke dewan kuliah.

 

 

 

 

“SAYANG?” suara Naim kedengaran cemas pada Lia.

“Hmmmm....” jawab Lia malas. Pastinya Naim cemas kerana Lia tidak ke kuliah tadi.

“Sayang kenapa ponteng kuliah? Takkan lah sebab abang main game pun Lia nak merajuk sampai macam tu sekali,” leter Naim.

Walaupun berleter, namun hatinya lega kerana Lia sudah pun menghidupkan telefon bimbitnya setelah 3 jam dibiarkan mati.

“Sayang tak sihat lah abang.”

“Hah? Demam?” suara Naim terjerit kerana terkejut.

Lia hanya diam di hujung talian. Dia sedang mengerang kesakitan. Sakit sungguh perutnya sehingga berpeluh-peluh seluruh badan walaupun kelajuan kipas adalah yang paling laju. Badannya berguling-guling di atas katil. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

“Sayang? Okay tak ni? Sayang kat mana tu?” Naim risau kerana Lia tidak bersuara. Sudah pengsan ke?

“Sayang senggugut. Abang call nanti ye,” suruh Lia kerana sudah mula tidak selesa bercakap di telefon dalam keadaan sakit yang amat.

Laa... Senggugut ke... Setiap bulan mesti macam ni. “Em.. Okay okay. Nanti dah sihat sayang mesej abang ye?”

Lia mengangguk-angguk seolah-olah Naim boleh melihat anggukannya. Dia sudah tidak ada tenaga walaupun untuk berkata ‘Ya’.

Love you, sayang,” ucap Naim sebelum talian dimatikan.

Naim yang berada di bilik asramanya tersenyum lega. Patutlah dia tak pergi kuliah tadi. Risau aku dibuatnya. Pen di atas meja dicapai dan dia menyambung menulis nota yang terbantut tadi.

 

 

 

 

SUDAH BEBERAPA KALI Syafiq memanggil Lia namun Lia yang sedang mengelamun tidak menyedari panggilannya. Akhirnya Syafiq berjalan menuju ke arah Lia. Bahu Lia disentuh lembut.

“Liana?” panggil Syafiq.

Liana menoleh. Hish... Terkejut aku!

Tangan Lia menepuk-nepuk dadanya. Hilang semua lamunannya tadi.

“Ada apa?” soal Lia, matanya merenung wajah pemuda di sebelahnya.

“Huish... Garangnya awek seorang ni,” Syafiq cuba bersenda. Dia berpura-pura ketawa.

“Hm. Sorry. Aku tengah berangan tadi.” Muka Lia bagai sedang menahan malu. Agak-agak mamat ni perasan tak aku senyum sorang-sorang tadi?

Syafiq tersenyum dengan pengakuan Lia. Pasti teringatkan Naim, fikir Syafiq.

“Amacam research kau? Any progress?”

Lia seperti baru tersedar. Dia terlupa di mana dia meletakkan kertas hasil kajiannya tadi. Meja yang dipenuhi kertas diselongkar. Kemudian dia ternampak buku bertajuk Mutation of Genes dalam timbunan kertas-kertas tersebut. Segera dikeluarkan.

Mutation of Genes?” soal Syafiq pelik.

“Kau ni biar betul. Bos kita marah kang. Research apa kau buat ni Lia?”

Lia tidak menjawab. Dia segera meletakkan buku tersebut ke dalam laci. Timbunan kertas yang diselerakkan tadi semakin selerak kerana Lia mencari-cari lagi sesuatu. Syafiq yang semakin hairan pantas memegang tangan Lia yang sedang rakus mencari.

“Hei! Apa ni?” tengking Lia. Matanya membulat memandang Syafiq yang kini berada di hadapan mejanya.

Syafiq menggenggam kuat kedua-dua pergelangan tangan Lia.

“Liana Atirah, please. Please.”

Lia mendengus marah. Apa kes mamat  ni?

Please apa ni? Lepas lah!” Lia cuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman Syafiq. Namun tenaga Syafiq lebih kuat daripada tenaganya.

“Liana, boleh tak kalau kau jangan campur aduk hal peribadi dengan hal pejabat? Kau diambil bekerja dalam syarikat ni untuk membantu membangunkan hasil syarikat ni. Kau dibayar bukan untuk mengelamun,” leter Syafiq. Tangannya masih menggenggam tangan Lia.

“Siapa kata aku mengelamun?” Lia masih sedang berusaha melepaskan tangannya.

“Sakit lah, Syafiq!” tinggi suara Lia.

Syafiq menggelengkan kepalanya. Tangan Lia dilepaskan. Dia berjalan ingin meniggalkan makmal Lia.

“Siapa kata aku mengelamun?” soal Lia lagi. Don’t tell me he saw me smiling  tadi.

Syafiq yang sudah hampir dengan pintu menghentikan langkah kakinya. Dia pusing menghadap Lia yang sedang duduk di kerusinya.

“Tadi aku masuk pun kau tak perasan. And tadi kau yang mengaku kau tengah berangan,” serius suara Syafiq.

Lia terdiam. Tidak berlawan kata. I did?

Mereka saling merenung. Lia merenung marah. Syafiq pula hanya mengikut rentak Lia. Tidak mahu mengaku kalah. Setelah agak lama begitu, Syafiq bersuara, “Kenangan tetap kenangan, Lia. Jangan hidup dalam kenangan. Let it go.”

“Dia dah tabur banyak janji,” ucap Lia perlahan.

“Dan dia belum memungkiri mana-mana pun janji dia, kan?” Aku harap begitu.

That’s what you say. Dia langsung tak contact aku. Mana aku tahu kalau dia masih simpan janji-janji dia? Entah-entah dah ada perempuan lain.” Air mata Lia mula bergenang.

Aisey... Jangan menangis depan aku please. Aku ni lemah tengok perempuan menangis.

“Liana, aku abang dia. Aku tahu. Dia jujur pada kau.”

Lia menggeleng-gelengkan kepalanya. Air matanya mula mengalir laju. Sudah lama dia menahan rasa. Baru hari ini dapat diluahkan. Syafiq pantas ke arahnya. Bahu Lia digosok-gosok perlahan.

“Sabar ye Lia. Kau jangan salah faham pada Naim lagi. Dia ada matlamat sendiri. Kau biarkan dia. Satu hari nanti kau orang pasti bersatu,” pujuk Syafiq.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments