Entry: Novel: Cinta di Hati Part 2 Jun 26, 2009



SYAFIQ TERMENUNG sendirian di dalam bililknya. Wajah Lia sentiasa muncul dalam fikirannya.

                Kenapa dengan aku ni? Hmm... Gila bayang?

                Syafiq menepuk kuat dahinya sendiri.

                Liana Atirah milik Muhammad Naim! Syafiq, stop thinking of her, please.

                Syafiq sudah tidak dapat menafikan perasaannya terhadap Lia. Mereka sudah bekerja bersama hampir setahun setengah, dan Lia merupakan teman paling rapatnya di pejabat. Dia akui Lia tidaklah begitu cantik seperti bekas teman wanitanya, namun Syafiq sudah jatuh hati dengan Lia. Syafiq sedar semuanya terjadi kerana hubungan mereka yang terlalu rapat.

                Mereka sering kelihatan bersama, tidak kira waktu makan, rehat ataupun waktu bekerja. Kini, Syafiq sudah gila bayang. Kadang-kadang dia fikir alangkah indah sekiranya dia bukan abang kepada Naim. Bolehlah dia merampas Lia daripada Naim.

                Ah! Jahat sungguh fikiran aku.

                Bunyi telefon bimbit mematikan lamunannya. Telefon bimbit dicapai. Nama Liana Atirah tertera pada skrin. Bibir Syafiq serta-merta menguntum senyum.

                “Assalamualaikum,” ucap Syafiq dengan serius, cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

                “Waalaikumussalam warahmatullah,” lembut suara Lia menjawab.

                Kedua-dua mereka diam sejenak.

                What’s up?” soal Syafiq. Masih serius.

                “Em... Nothing. I’m just bored over here.” Kenapa suara Syafiq macho sangat? Lia! Jangan macam ni...

                Really? Do you need me to accompany you?

                Lia diam, tidak menjawab soalan Syafiq. Benar. Dia perlukan seseorang untuk menemaninya. Lia sunyi.

                I hope I’m not bothering you,” Lia berkata dengan lembut beberapa ketika kemudian. Temani aku... Please..

                No, of course not. So, what do you need me for?’” soal Syafiq. Suaranya tidak lagi serius seperti tadi. Lebih relaks dan mesra.

                I need you to shop with me. Dah lama aku tak shopping.”

                Shopping? Like couples?

“Naim macam mana? Kalau dia tahu?” suara Syafiq kembali serius. Tiba-tiba ingatannya kembali kepada Naim. Dia tidak mahu adiknya terluka dengan perbuatannya nanti.

                Keluhan berat Lia kedengaran. Dia tidak mahu fikirkan Naim lagi. Sudah berkali-kali dia cuba menelefon Naim, namun Naim mematikan telefon bimbitnya. Hampir dua tahun mereka begini. Tidak pernah bertukar khabar lagi. Lia terlalu rindukan Naim. Sudah lama dia tidak mendengar suara Naim. Entah bagaimana suara Naim sekarang. Masih sama atau sudah berubah. Alasan yang Naim berikan cukup mudah- tidak mahu Lia mengganggu dia bekerja. Ingin mengumpul duit untuk perkahwinan mereka katanya.

                Tapi takkanlah satu mesej pun tidak boleh dibalas? Satu panggilan pun tidak mahu dijawab? Selama dua tahun, mereka benar-benar lost contact  walaupun kedua-dua mereka tidak pernah bertukar kepada nombor baru.

                “Lia?” panggil Syafiq setelah soalannya dibiarkan tidak berjawab.

                “Dekat lab  pun kau selalu hang out dengan aku. Takkanlah  sekarang all of a sudden kau over-sensitive about your brother kut.”

                “Bukanlah macam tu. Dekat lab tu lain. Kita bersama as colleagues and.....”

                Wait, do you think that we are going on a date?” Lia bertanya sebelum sempat Syafiq menghabiskan kata-katanya. Perasan betul mamat  ni.

                Not exactly. I was thinking that.... Your idea... Of us... Hanging out together....” Syafiq tidak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya dia diam, memikirkan perkataan yang sepatutnya dia guna.

                Yes?” Lia bersuara. “What’s wrong with my idea?”

                “Well..... Kau tak rasa macam couple dating  ke?” ragu-ragu Syafiq bertanya.

                “Sebab kita bukan sedang bekerja maka dengan hormatnya kita akan kelihatan macam pasangan hangat bercinta ke?” Lia memerli. Apa punya pemikiran da...

                Come on, Lia. You and me.... We’re both grown ups. You should know what I meant. If my brother happened to see us, what would he think?”

                “And since when do you care?”

                “Oh I care.”

                “If that’s the case, aku minta maaf. Aku tak niat pun nak dating whatsoever  dengan kau. Tapi kau pun tahu kan aku paling rapat dengan kau. Siapa lagi aku nak ajak keluar? Naim? Dia tu dah lama lupakan aku.”

                Lia mula berasa sedih. Mengapa teman paling rapatnya adalah abang kandung Naim? Kalulah dia tidak mohon bekerja di syarikat yang mereka bekerja sekarang, sudah tentu mereka tidak akan bertemu. Pasti kini dia sudah dapat melupakan Naim. Setiap kali dia melihat Syafiq, wajah Naim akan menerpa dalam mindanya. Bukan kerana wajah mereka seiras, malah wajah mereka langsung tidak sama. Cuma the fact that Syafiq is his brother memang sentiasa melekat dalam fikirannya. Ahh.. Semuanya terlalu sukar. Mengapa begini perjalan cinta aku?

                “Lia, I’m so sorry. Kalau kau betul-betul perlukan aku, kita jumpa sekarang. Okay?” Say okay, Lia.

                Nak main pujuk-pujuk ke Syafiq?

“Tak pelah Syafiq. Aku rasa betul lah pendapat kau tu. Kalau Naim yang entah wujud lagi ke tidak tu nampak, mesti dia sedih kan,” suara Lia agak kendur.

                “Nak jumpa kat mana Lia?” Syafiq tidak mempedulikan kata-kata Lia. I need to win her heart.

                Dia sudah membuat Lia sedih dan dia perlu baiki mood  Lia. Lagipun, inilah pertama kali Lia mengajak dia keluar di luar waktu bekerja.

                “Takpe lah,” ringkas Lia menjawab.

Talian dimatikan sebelum sempat Syafiq memujuk Lia. Oh Lia!

WAJAH LIA  pada telefon bimbit direnung lama. Rindunya pada gadis ini! Naim memang terlalu rindukan Lia, gadis pujaan hatinya. Dia tahu tidak sepatutnya dia menghilangkan diri namun Naim punya sebabnya sendiri. Dia tidak pernah beritahu Lia alasannya yang sebenar. Naim hanya mampu berdoa agar Lia tidak menduakannya sepanjang tempoh mereka berjauhan.

                Naim sentiasa terkenangkan memori indah bersama Lia. Terlalu banyak perkara yang mereka lakukan bersama. Kebanyakan perkara yang dilakukan Naim adalah yang pertama kali dilakukan dalam hidupnya. Semuanya diajar Lia.

                Naim bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang senang. Dia tidak pernah makan di restoran, tidak pernah keluar menonton wayang, tidak pernah pergi membeli-belah, apatah lagi pergi bercuti. Namun sejak Lia menjadi teman istimewanya,  dia sudah pandai melakukan semua itu.

                Fikiran Naim kembali kepada sekarang. Jam pada dinding dipandang sekilas.

                Pukul 9?! God, I’m late!

 

 

 

NAIM YANG BARU SAMPAI di stadium mematikan enjin motornya. Topi keledar ditanggalkan dan dia berjalan menuju ke arah sekumpulan lelaki yang sedang bersembang. Mereka bersalam-salaman.

                Sorry geng. Aku overslept la tadi,” tipu Naim.

                Duhh... overslept  ke dating?”

                Kumpulan lelaki tersebut gelak besar mendengar soalan Fauzi.

                “Kau dah ada awek ke bro?” soal Amin dalam tawanya.

                “Malas aku nak layan korang. Aku pergi tuka shorts kejap. Lepas tu terus start game. Atau ada lagi yang takde ni?”

                Kitorang  tunggu kau sorang lah bro. Bersiap mengalahkan perempuan. Tengok sikit muka kau,” Amin memegang dagu Naim

Pink la lipstick you. Sexy gitu.”

                Mereka ketawa lagi.

                “Ha. Ha. Lawak.” Naim menepis kasar tangan Amin.

                Dia terus meninggalkan kumpulan tersebut dan menuju ke tandas untuk menyalin pakaian sukan.

                “Naim terus ke padang tau!” jerit Fauzi apabila Naim sudah semakin jauh daripada mereka.

 

 

 

“KAU MASIH mantap macam dulu la,” beritahu Fauzi dengan tercungap-cungap.

                Naim hanya tersenyum. Peluh yang membasahi mukanya di lap dengan tuala kecil berwarna kelabu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Fauzi. Baru hari ini berpeluang kerana dia dapat off.

                Gerek gak main bola dengan mamat-mamat nih. Hilang tension aku. Lia....

                Mata Naim melihat tuala berwarna kelabu itu. Namannya tersulam rapi pada hujung tuala kecil itu. Hadiah pemberian Lia.

                Sayang apa khabar sekarang? Rindunya dekat sayang....

                Tuala kecil itu dicium. Hilang penatnya bermain bola tadi.

                “Woi... Pe kes cium tuala tu lama-lama? Wangi ke bau peluh kau?”

                Sibuk la kau. “Saje...” ringkas jawapan Naim.

                “Aku balik dulu la geng,” Naim berkata seraya bangun untuk meninggalkan mereka. Beg sandangnya diangkat.

                Fauzi mendongak memandang Naim.

                “Weh.” Dah lama tak jumpa takkan nak balik dah kot. Rindu la.

                Naim menunduk memandang Fauzi yang sedang duduk di lantai.

                “Lepak ar dulu weh. Lama siot tak jumpa kau.”

                Haishh... Malas la.. “Pergi kedai makan la.”

                Fauzi tersenyum. “Okay.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments